Search This Blog

Wednesday, April 12, 2017

Mee Hailam




MEE HAILAM



Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

Bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

INI CARA MAMA MASAK TADI, IKUT APA YANG ADA DALAM PETI SEJUK. Resepi Kak Liza hanya menjadi guidance mama sahaja.

1. Buat poached egg. Walaupun tak berapa jadi elok, tapi bolehlaaaa daripada tak de. Ketepikan.
2. Siang udang, basuh kulitnyanya dan masukkan air. Rebus untuk ambil stok. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih tumbuk dan sikit cili kisar, hingga garing dan wangi.
4. Masukkan ayam, udang dan kek ikan. Kacau rata.
5. Masukkan sos tomato, kicap pekat, kicap manis bersama stok udang dan juga batang sawi. Masukkan garam dan sedikit gula.
6. Masukkan mee kuning, tomato ceri dan kobis, kacau rata. Tolak mee ke tepi kuali dan masukkan poached egg.
7. Sebelum tutup api, masukkan daun sawi, kacau dan tutup api. Siap.




3 comments:

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!